Niat Dah Ok, Waktu PKP 2.0 Juga la Nak Bagi 2,000 Ayam Free – Pemuda UMNO Putrajaya Tidak Mendapat Kelulusan

PKP 2.0 baru sahaja seminggu dikuatkuasakan dan macam-macam kerenah sudah dapat kita lihat, terutamnya yang tular di media sosial.

Pada minggu yang lepas, Pemuda UMNO Cawangan Putrajaya telah mengadakan event untuk mengedarkan ayam beku kepada warga Putrajaya dan kawasan yang sewaktu dengannya.

Menurut sumber, lokasi tersebut adalah di sekitar Presint 9.

Niat dah ok…kot. Tapi kenapa waktu PKP 2.0 juga la nak bagi ayam ni?

kredit – Rakyat Post

Ternyata menurut muat naik yang dapat kami perhatikan di laman sosial, hajat untuk mengamalkan penjarakan sosial memang hampeh . Kalau dah beratus orang beratur nak kutip ayam beku, memang jangan harap nak jarak sosial.

Rupa-rupanya, UMNO Putrajaya tidak mendapat sebarang kelulusan dari PDRM. Iyerlah, waktu PKP 2.0 ni, siapa nak bagi kelulusan.

Susulan dari itu, UMNO Putrajaya telah dikenakan kompaun dan harap-harap tak ada kluster ayam beku dalam masa terdekat ini.

Hmmm..ke ada PRU on the way ni?

SUMBER 

Advertisement

Comments