Nike Nafi Tarik Semula Jualan Produk Kobe Bryant Sebaliknya Semua Sudah Habis Dijual

nike kobe bryant

Kematian lagenda NBA, Kobe Bryant beberapa hari lalu masih lagi diratapi oleh peminat beliau dari seluruh dunia. Kobe Bryant dan anak perempuannya, Gianna Bryant antara yang terkorban dalam nahas helikopter terhempas di California. Kesemua penumpang dilaporkan terkorban dan tidak ada sesiapa yang terselamat di dalam nahas tersebut.

Baca: Lagenda NBA Kobe Bryant Meninggal Dunia Di Dalam Nahas Helikopter Terhempas

Susulan berita pemergiannya itu, Nike dan beberapa penjual yang lain bertindak menarik balik kasut edisi khas Kobe Bryant untuk mengelakkan penjual menjualnya semula dengan harga yang tinggi. Beberapa penjual mengambil kesempatan dengan menjual semula kasut tersebut dengan harga yang dinaikkan sehingga ada yang mencecah $2000.

nike kobe bryant

Namun, laporan itu dinafikan oleh jurucakap Nike yang memberitahu mereka telah habis menjual kesemua produk Kobe Bryant di kedai atas talian mereka. Manakala, Reseller StockX merancang untuk mendermakan semua hasil jualan produk Kobe Bryant minggu ini kepada yayasan milik keluarga Bryant sebagai memperingati pemergiannya.

Projek terbaru Nike bersama Bryant iaitu kasut Bryant’s Kobe 5 Protro yang dijadualkan dilancarkan pada 7 Febuari 2020 ini masih lagi dipertimbangkan oleh pihak Nike.

Bryant’s Kobe 5 Protro

Mengimbas kembali perjalanan Kobe Bryant bersama Nike, beliau menandatangani kontrak selama empat tahun yang bernilai $40 juta pada tahun 2003. Kasut signature Kobe Bryant menjadi antara kasut yang paling laris dijual oleh Nike sepanjang tempoh 15 tahun.

Bryant juga membantu Nike menaikkan keuntungan dan mendapat $6 billion menerusi perniagaan di China di mana hampir majoritinya adalah peminatnya di China. Selain kasut, jersi milik beliau juga antara item bestseller yang dijual di sana.

Sumber

Comments

comments