Nike Rancang Tutup Semua Kedai Mereka Di Israel

nike

Nampaknya jenama sukan popular dunia, Nike telah memutuskan untuk menghentikan penjualan produk mereka di negara haram Israel. Langkah tersebut membuatkan peminat beranggapan Nike telah memboikot negara yang sepatutnya tidak wujud dalam peta dunia.

Pihak pengurusan Nike bagaimanapun menjelaskan perkara itu terjadi selepas berlaku perubahan polisi terbaru mereka. Polisi baru ini membuatkan ratusan premis Nike di Israel perlu ditutup dan ini turut akan menjejaskan ekonomi Israel.

Penutupan jualan produk di Israel ini bukanlah kali pertama, sebelum ini syarikat ais krim popular iaitu Ben & Jerry turut menghentikan penjualan di sana. Antara alasan penutupan operasi mereka adalah sudah tidak dapat mengikut polisi yang ditetapkan.

 

Advertisement

Selain Nike, jenama Adidas turut menolak untuk menaja liga bola sepak Israel. Pihak Adidas kemudian menafikan dakwaan mereka melakukan perkara itu kerana keadaan politik Israel yang tidak stabil.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Comments