Nike Saman MSCHF Hasilkan Kasut ‘Satan Shoes’ Guna Titisan Darah Manusia

Satan Shoes

Minggu lalu, kecoh di media sosial apabila kasut custom made yang dihasilkan oleh MSCHF jenama dari Brooklyn di mana ia telah menarik perhatian mata-mata dunia dengan melancarkan kasut dengan tema syaitan ‘Satan Shoes’.

Kasut berkenaan dihasilkan khas bersempena pelancaran video muzik Montero yang merupakan kerjasama dengan penyanyi Lil Nas X.

Satan Shoes

Lebih mengerikan, MSCHF mendakwa bahagian bawah kasut berkenaan turut mengandungi titisan darah sebenar manusia dan dicampur dengan sedikit cat berwarna merah.

Advertisement

Ia turut dihasilkan dengan jumlah 666 dan dihiasi dengan lukisan grafik yang seram pada kotak kasut serta logo pentagram pada kasut.

Satan Shoes

Ternyata gimik atau rekaan yang dibuat tidak disukai oleh Nike kerana menurut wakil, Nike tidak pernah mengeluarkan sebarang kebenaran untuk MSCHF ‘membuat’ kasut yang bertemakan syaitan.

Dalam masa yang sama, Nike turut dikecam kerana didakwa terlibat dengan mengizinkan MSCHF untuk menghasilkan kasut syaitan tersebut. Nike telah mengeluarkan saman kepada MSCHF kerana mengeluarkan item yang mengelirukan pengguna dan ini bukan kali pertama MSCHF berdepan dengan kontroversi sebegini.

Satan Shoes

Tahun 2019 yang lalu, MSCHF telah menghasilkan sebuah model ‘Holy’ yang bertemakan ketuhanan, lengkap dengan tanda salib dan holy water¬†yang terdapat di bawah tapak kasut. Walau bagaimanapun, model tersebut tidak dilarang dijual di pasaran dunia.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEThe Vocket