Nokia Bakal Keluarkan Telefon Pintar Tahan Lasak

Nokia merupakan syarikat pengeluar telefon bimbit yang sangat popular suatu ketika dulu dengan model Nokia 3310. Legend betul telefon bimbit ni, dahlah tahan lasak! Ada ke yang masih simpan Nokia 3310 ni?

Nokia 3310
Sumber gambar The Guardian

Walaubagaimanapun, jenama Nokia ketika ini di Malaysia tidak lagi hot seperti dulu dan tidak mempunyai permintaan yang tinggi. Mungkin masih ada lagi yang pakai jenama ini, cuma tak banyak.

Untuk pengetahuan, Nokia baru-baru ini mengacah untuk keluarkan telefon pintar terbaru yang memfokuskan ciri ketahanan. Pergh! Nokia nak buat comeback.

 

Advertisement

Menurut gambar yang dikongsikan Nokia Mobile, ia mengatakan bahawa telefon pintar terbarunya nanti tidak memerlukan sebarang casing. Kalau korang tengok pada bahagian kamera, ia didatangkan dengan rekaan bulat.

Terdapat juga tarikh yang menunjukkan 27.7.2021 pada gambar tersebut dan mungkin apa yang dimaksudkan adalah pelancaran telefon pintar tersebut. Apa pandangan korang?

Sumber

Comments