Norma Baru Kembali Ke Sekolah, Pelajar Perlu Makan Di Kelas Dan Meja Berjarak Satu Meter

sekolah menengah
Gambar sekadar hiasan

Menteri Pendidikan, Dr Mohd Radzi Md Jidin memberitahu garis panduan menetapkan pemeriksaan suhu badan dilakukan oleh guru setibanya pelajar di pintu pagar sekolah. Sekiranya pelajar didapati bergejala, tindakan selanjutnya akan diambil oleh sekolah.

Garis Panduan Pengurusan Pembukaan Semula Sekolah Kementerian Pendidikan mula diedarkan bermula hari ini kepada sekolah-sekolah. Ianya juga turut dimuatnaik di laman sesawang kementerian itu. Menyentuh mengenai pemeriksaan suhu pelajar, ada beberapa panduan yang perlu diikuti.

“Kita juga sedar pelajar ini kadang-kadang ke sekolah berjalan kaki. Ada yang naik basikal dan suhunya tinggi sedikit daripada 37.5 darjah celsius.”

“Pelajar ini akan diminta berehat dahulu bagi memastikan suhu badan mereka kembali normal dan suhu diperiksa sekali lagi.”

Advertisement

Selain itu, pihak sekolah juga diminta menyediakan bilik isolasi yang akan mengasingkan pelajar yang menunjukkan gejala. Pihak sekolah kemudian akan menghubungi ibu bapa pelajar dan kemudian menghubungi pusat kesihatan untuk tindakan lanjut.

pelajar sekolah
Gambar sekadar hiasan

Bercakap mengenai penjarakan sosial antara pelajar, aspek itu sudah diambil kira di mana pelajar akan melalui waktu rehat yang berperingkat. Pelajar juga hanya dibenarkan makan di kelas masing-masing selepas membeli makanan di kantin.

“Jadi, keadaan di kantin lebih tersusun dan ibu bapa tidak perlu risau anak berebut ke kantin, sekolah akan memastikan tidak semua pelajar berkerumun di kantin dalam satu-satu masa tertentu.”

Selain isu waktu rehat, susunan meja bagi setiap kelas juga mestilah berada dalam jarak satu meter dan sekiranya bilangan pelajar melebihi kapasiti meja disediakan, lebihan pelajar mesti ditempatkan di kelas lain. Bukan saja di dalam kelas, kedudukan pelajar di dalam makmal juga dijarakkan antara satu sama lain.

Para guru juga perlu mematuhi garis panduan yang dikeluarkan terutamanya pergerakan di dalam bilik guru. Guru tidak perlu bersesak-sesak dalam bilik guru, kerana guru yang dipindahkan dari bilik guru asal akan ditempatkan di bilik bersesuaian termasuklah pusat sumber dan sebagainya.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Sumber

Comments

comments