Nota Terakhir Seorang Bapa Kepada Ahli Keluarga Ini Pasti Menitiskan Air Mata

Tolong Doa & Terus Solat Hajat. Abah Minta Maaf. Jaga Diri Semua

Itulah kata-kata atau nota terakhir yang disampaikan oleh bapa kepada Syafiqa Humairak apabila arwah bapanya disahkan positif COVID-19.

Apabila disahkan positif COVID-19, bapanya dimasukkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun untuk proses kuarantin dan rawatan lanjut.

Advertisement

Arwah Ahmad Mohamad Talib juga seorang pesakit buah pinggang. Setelah dimasukkan ke dalam wad ICU, tiada sebarang perkembangan positif malah arwah terus dikomakan.

Anak beliau hanya mampu berhubung melalui panggilan video sebelum dikomakan. Abah hanya sempat tulis nota sebelum dikomakan.

Paling menyayat hati adalah apabila hanya anaknya Syafiqa Humairak yang dibenarkan hadir ke majlis pengebumian bapanya.

Ingatlah, COVID-19 ini bukan perkara main-main. Ramai yang kehilangan ahli keluarga tersayang akibat wabak ini. Ikutilah SOP yang ditetapkan, jaga diri anda.

Al-fatihah.

Sumber

Comments

comments