Notis Rentas Negeri Yang Ditampal Di Sebuah Balai Polis Telah Diturunkan

Sebelum ini, notis pemakluman menuntut alasan untuk merentas negeri ada ditampal di sebuah balai polis. Terbaharu, notis yang ditampal di balai polis berkenaan yang meminta sesiapa yang ingin merentas negeri perlu menyertakan bukti kukuh selain bukti aktiviti setiap hari telah diturunkan, lapor akhbar Sinar Harian.

Asisten Komisioner Mohamed Mokhsein Mohamed Zon selaku Ketua Polis Daerah Cheras bagaimanapun tidak menyatakan sebab notis berkenaan diturunkan. Beliau menyatakan kebenaran rentas negeri hanya dikeluarkan kepada mereka yang mempunyai alasan yang sah.

“Semua pemohon yang ingin melakukan perjalanan merentas negeri sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) perlu menunjukkan bukti sama ada untuk pekerjaan atau hal-hal lain”

Tambahnya, beliau telah memaklumkan dan mengingatkan kepada pegawainya mana-mana individu yang ingin melakukan perjalanan kerja mesti menunjukkan bukti dan tidak mengeluarkan izin sesuka mereka.

Advertisement

Sebelum ini, terdapat selebriti Malaysia dan pasangan instafamous dipanggil untuk memberi keterangan kerana didapati telah melanggar Prosedur Operasi Standard (SOP).

Sumber

Comments

comments