Novak Djokovic Dan Isteri Sah Positif Covid-19

Pemain tenis lelaki nombor satu dunia, Novak Djokovic disahkan telah dijangkiti Covid-19 selepas beraksi dalam satu perlawanan pertunjukkan di Croatia minggu lalu. Isterinya Jelena Djokovic turut dilaporkan dijangkiti virus itu.

Pertunjukkan tersebut dikatakan tidak mematuhi sebarang penjarakan sosial. Pemain dari Serbia itu menjalani ujian Covid-19 pada Isnin lalu sebaik kembali ke Belgrade.

“Malangnya, virus ini masih ada dan ia adalah situasi baharu yang perlu kita pelajari dan hadapi. Kami telah menganjurkan kejohanan ini di saat virus COVID-19 dilaporkan telah lemah.”

Sebelum ini, tiga orang pemain dari Crotia, Bulgaria dan Serbia turut dilaporkan positif Covid-19 selepas beraksi pada kejohanan sama yang dikenali sebagai Jelajah Djokovic Adria.

Advertisement

Djokovic menyatakan kekesalannya terhadap kes jangkitan yang berlaku. Dia berharap agar perkara ini tidak akan merumitkan keadaan kesihatan setiap individu dan turut mengharapkan mereka yang dijangkiti agar lekas sembuh.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments