oBike Kini Sekadar ‘Longgokan Besi Buruk’ Di Depot Cheras

132

Pada tahun 2017 yang lalu, pengenalan oBike untuk menjadikan Kuala Lumpur sebagai salah satu bandaraya hijau tapi kini ia berubah dan menjadi satu kegagalan besar.

Rata-rata  basikal oBike ini terbiar persis besi buruk dan dilonggakkan di depot Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL), Cheras.


Projek yang sepatutnya digunakan untuk mengurangkan penggunaan kenderaan sekaligus mengurangkan kesesakan lalu lintas dan pencemaran udara kini hanya sia-sia.

Tahap mentaliti sesetengah orang Malaysia tidak mencapai kelas pertama. Sebelum ini, ramai yang mempersoalkan kegagalan oBike (M) Sdn Bhd dalam mengawal selia kemudahan tersebut baik dari segi keadaan basikal sehingga kegagalan aplikasi oBike itu sendiri.


Kegagalan ini bukanlah kali pertama buat pihak oBike malah di negara lain seperti Australia dan ibu negara Itali juga menerima nasib yang sama. Mungkin perkara ini berpunca daripada syarikat tersebut yang gagal memperbaiki perhidmatan.

 

Sumber: thestar

Comments

comments