OnePlus 8 Pro Mempunyai ‘Filter’ Kamera Sinar X-ray Yang Dapat Menembusi Plastik Dan Pakaian

Sumber : Unbox Therapy

Ini pastinya merupakan satu ciri yang tidak terdapat pada telefon pintar biasa yang lain sebelum ini. OnePlus 8 Pro baru, mempunyai sinar X-ray yang menggunakan sensor inframerah telefon untuk melihat bayangan dalaman dari objek yang berwarna hitam.

Hanya menggunakan aplikasi kamera sahaja.

Sekiranya anda mempunyai OnePlus 8 Pro dan ingin mencubanya sendiri, cukup dengan membuka aplikasi kamera, pilih filter “Photochrom” dan arahkan kepada objek hitam.

Beberapa individu telah melakukan eksperimen menggunakan filter tersebut dan mereka mendapat beberapa kesimpulan. Ia hanya boleh berfungsi pada plastik hitam yang sangat nipis yang boleh ditembusi sedikit cahaya, seperti alat kawalan jauh atau peranti Android TV dan bukanlah pada plastik yang tebal dan kukuh seperti kamera DSLR. Ia juga kadangkala tersasar jika diuji pada pakaian.

Satu perkongsian di twitter oleh individu bernama Ben Geskin menggunakan peranti Android TV, menunjukkan filter dari kamera telefon pintar ini dapat menembusi ke dalam peranti tersebut.

Advertisement

Video daripada Unbox Therapy pula menunjukkan beberapa percubaan pada kotak peranti Apple TV, alat kawalan Switch dan juga kemeja T berwarna hitam yang tipis.

Pihak OnePlus turut dihubungi bagi melihat adakah mereka menyedari tentang perkara ini dan untuk mendapatkan pengesahan sama ada ciri itu adalah disengajakan ataupun tidak. Mereka menjelaskan proses tersebut bergantung pada sensor inframerah telefon, yang mengumpulkan sejenis radiasi yang tidak dapat dilihat oleh mata manusia.

Ciri-ciri inframerah

Inframerah terletak tepat di atas cahaya yang dapat dilihat dalam spektrum elektromagnetik, dan kadang-kadang digelar sebagai “heat radiation”, kerana begitulah gamabaran kita merasakan kesannya. Dalam persekitaran kita sememangnya dipenuhi dengan inframerah, tetapi kerana kita tidak dapat melihatnya jadi kita biasanya tidak memikirkan tentangnya.

Sebagai contoh, kira-kira separuh daripada tenaga yang sampai ke bumi dari matahari adalah dalam bentuk inframerah.

Sumber : Viewspace

Peralatan khas dicipta untuk meihat  radiasi inframerah, termasuk night vision goggles dan kamera termal. Ini membolehkan anda melihat melalui bahan-bahan tertentu, kerana inframerah melaluinya dengan cara yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Bomba misalannya, menggunakan kamera inframerah untuk melihat melalui asap ke bangunan yang terbakar.

Oleh kerana telefon pintar lain yang canggih juga mempunyai sensor inframerah, jadi ini bermakna bukan hanya OnePlus 8 Pro yang dapat melakukannya. Kamera TrueDepth pada iPhone, yang menggunakan cahaya inframerah untuk mengimbas wajah bagi aplikasi FaceID, juga dapat melakukan perkara yang sama, seperti yang ditunjukkan oleh pembangun aplikasi Guilherme Rambo (memerlukan proses Jailbreak).

Persoalannya adakah ini akan menimbulkan masalah bagi OnePlus, terutamanya dari sudut privasi orang ramai sekiranya kamera ini mampu menembusi pakaian. Dalam video Unbox Therapy tersebut, memang jelas ciri ini mampu melihat ke dalam pakaian walaupun agak minimal.

OnePlus mungkin harus menyekat ciri tersebut melalui kemas kini perisian, sekiranya ia mendatangkan masalah umum.

Sumber

Comments

comments