Orang Dewasa Di Selangor Dan KL Akan Terima 1 Dos Vaksin Menjelang 1 Ogos

vaksin di selangor dan kl

Golongan dewasa berusia 18 tahun ke atas yang tinggal di Selangor dan Kuala Lumpur akan menerima sekurang-kurangnya satu dos vaksin menjelang 1 Ogos.

Menurut Khairy Jamaluddin selaku Menteri Penyelaras Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan, pihaknya sedang bersiap untuk meningkatkan kadar vaksinasi di Selangor dan Kuala Lumpur serta memaklumkan kedua-dua kawasan itu dihuni oleh 6.1 juta orang lapor Utusan Malaysia.

“Pada 15 Julai, 3.5 juta orang telah menerima dos pertama manakala 1.3 juta lagi akan diberikan dos pertama antara waktu ini dan 25 Julai”

“Selebihnya iaitu 1.3 juta akan menerima dos pertama dari 26 Julai hingga 1 Ogos” 

Pun begitu, orang dewasa yang tidak direkodkan sebagai penduduk Selangor dan Kuala Lumpur contohnya mereka yang tidak memiliki dokumen atau sebagainya akan menerima vaksin selepas 1 Ogos.

Advertisement

Dalam pada itu, warga emas yang berada di Selangor dan Kuala Lumpur boleh walk in ke PPV berdekatan untuk menerima vaksin bermula esok. Menurutnya, ini ditujukan kepada mereka yang belum menerima janji temu vaksinasi.

“Kami tidak mahu mereka yang mempunyai janji temu juga turut walk in untuk mendapatkan vaksin. Pemberian vaksin secara walk in khusus untuk warga emas yang belum ada janji temu di aplikasi MySejahtera”

Sumber

SUMBERUtusan Malaysia

Comments