Orang Ramai Mohon Kelonggaran Operasi Kedai Alat Tulis & Komputer, Bantu Proses PdPR

alat tulis dan kedai komputer

Baru-baru ini, terdapat banyak isu berbangkit yang menyentuh permohonan orang ramai meminta kelonggaran untuk membuka kedai alat tulis, telefon bimbit dan komputer.

Perkara ini dilihat seiring dengan situasi semasa yang memerlukan pelajar menjalani pengajaran dan pembelajaran di rumah (PdPR).

Selain itu, ramai pekerja kini masih bekerja dari rumah yang memerlukan mereka terus menggunakan peralatan komputer untuk bertugas.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan-Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA) Mohd Yusof Abdul Rahman berkata, operasi kedai sedemikian perlu dibenarkan kerana keperluan dan sesuai dengan situasi semasa.

alat tulis
Gambar Hiasan

Tambah beliau, penutupan ini malah merumitkan keadaan anak-anak yang menjalani PdPR jika mereka mahu membeli kelengkapan sekolah sedangkan kedai alat tulis tidak beroperasi.

“Keadaan ini ternyata tidak sesuai dan akan menyebabkan proses PdPR itu terganggu”

Memetik laporan Metro, beliau juga memaklumkan PdPR ini jelasnya melibatkan penggunaan sepenuhnya telefon bimbit serta komputer.

Advertisement

Isunya ketika ini, jika peranti itu rosak, ini sudah pasti menyukarkan para pelajar atau pekerja untuk membaiki semula kerana penutupan kedai telefon bimbit dan komputer.

Gambar Hiasan

Beliau berkata, kerajaan juga perlu menilai semula kebenaran beroperasi mengikut situasi dan keperluan semasa.

Katanya, tidak sesuai untuk PdPR dan bekerja dari rumah jika kedai alat tulis dan pembaikan peranti tidak dibenarkan beroperasi.

“Wujudkan prosedur operasi standard (SOP) lebih ketat untuk pastikan keadaan lebih terjamin”

Apa pun, moga pembukaan semula kelak dapat menjanjikan kerjasama yang baik terutama penjagaan SOP ya. Kita jaga kita!

SUMBER

 

Comments