Orang Ramai Terkejut Masjid Pasang Lagu ‘Bella Ciao’ Dan Bukannya Laungan Azan

masjid turki

Pastinya ramai yang pernah mendengar lagu tema drama bersiri Money Heist yang popular ini iaitu ‘Bella Ciao’ di media sosial. Lagu tersebut merupakan lagu protes rakyat Itali yang berasal dari kesulitan hidup para wanita mondina dan menjadi siulan ramai gara-gara populariti yang diraih drama bersiri di Netflix itu.

Baru-baru ini, tular di media sosial apabila lagu tersebut dipasang di beberapa menara masjid di Kota Izmir, Turki. Lebih menambahkan kemusykilan apabila ianya dipasang secara serentak pada hari Rabu lepas, 20 Mei 2020.

masjid turki

Beberapa rakaman insiden itu dikongsikan di media sosial di mana rata-ratanya jelas kedengaran lagu tersebut dipasangkan dari pembesar suara masjid.  Menurut Pengarah Agama Kota Izmir, beliau mengeluarkan kenyataan mengenai kejadian ini dan mendakwa bahawa wujud unsur sabotaj oleh individu yang tidak dikenali.

Orang ramai dikejutkan dengan insiden ‘luar biasa’ ini apabila tiada azan yang berkumandang dari masjid tetapi sebaliknya lagu ‘Bella Ciao’ yang dipasangkan. Mereka yang terkejut turut merakamkan insiden itu dan menganggapnya sesuatu yang pelik dan tidak pernah berlaku sebelum ini.

Beberapa pengguna media sosial mendakwa bahawa ini mungkin merupakan tindakan politik setelah versi lagu yang disuarakan oleh kumpulan muzik protes Turki, Grup Yorum berkumandang.

Manakala, sebahagian daripada mereka melabelkan kejadian itu sebagai provokasi, menyentuh isu bulan suci Ramadan.

masjid turki

Pengarah Agama Kota Izmir pada awalnya menafikan laporan penyiaran seperti itu dengan mengeluarkan kenyataan di akaun media sosialnya, namun kemudian pihaknya telah memadamkan catatan itu.

“Menurut analisis awal kami, orang yang tidak dikenalpasti telah mensabotaj sistem azan pusat kami dengan cara yang tidak sah,” katanya di dalam kenyataan keduanya itu. Beliau juga mengatakan bahawa siasatan dalaman telah dilancarkan mengenai kejadian itu.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments