“Orang Singapura Pun Datang Malaysia Makan Cendol”, Netizen Malaysia Bidas CNN

234

Gara-gara Cable News Network (CNN) menyatakan pencuci mulut terkenal Malaysia, Cendol, berasal dari Singapura, Netizen menyampaikan rasa tidak puas hati mereka kepada agensi berita antarabangsa  itu melalui Twitter.

CNN baru-baru ini menyatakan cendol sebagai antara 50 pencuci mulut terbaik dunia, bagaimanapun menyatakan makanan kegemaran rakyat Malaysia itu berasal dari Singapura.

Kesilapan CNN itu dianggap tidak sepatutnya berlaku memandangkan informasi mengenai cendol bertaburan di Internet.

Kata cendol dari Singapura macam kata Dim Sum dari India

Penulis CNN tak cukup luas mengembara untuk kata Cendol Singapura sedap

Orang Singapura pun datang Malaysia makan cendol

“Mengarut. Yang datang dari Singapura hanya air minuman dari kumbahan”

“Yalah tu. Singapura tanam pokok kelapa terbanyak di Asia dan hasilkan gula kabung sendiri”

 

Namun, ada beranggapan pendapat penulis CNN tidak penting kerana dia tidak tahu menikmati cendol.

Orang CNN pandai nilai cendol ke?

Jangan jadi macam negara ‘sebelah sana’

Kata-kata ini ada benarnya. Mengapa kita mesti peduli dengan pendapat penulis CNN yang bukan berasal dari sini, dan sebenarnya tidak cukup tahu cendol mana paling sedap seperti rakyat Malaysia yang makan cendol sejak kecil?

Apa yang penting kita rakyat Malaysia tahu, dan itu sudah cukup, bukan begitu? – amazingnara.com

Comments

comments