‘Pada Saya Tiada Noktah Dalam Perjuangan’ – Hishammuddin

hishammuddin letak jawatan

Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein telah meletak jawatan sebagai Menteri Kanan Luar Negara selepas Tan Sri Muhyiddin Yassin melepaskan jawatan sebagai Perdana Menteri Isnin lalu.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Sembrong berkenaan berikrar akan terus berbakti dalam apa juga kapasitinya demi kebaikan rakyat dan negara.

Ujarnya, tanggungjawab sebagai Menteri Kanan Luar Negara ketika pandemik ini bukan satu perkara yag mudah namun itu tidak mematahkan semangat beliau untuk melaksanakan amanah yang diberikan.

Advertisement

“Saya akan terus berbakti dalam apa juga kapasiti yang saya boleh.”

Menerusi laporan Astro Awani, beliau menyatakan hal paling penting ialah perkara yang disumbangkan demi kebaikan rakyat dan negara.

Penghargaan daripada Hishammuddin

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada warga kerja Kementerian Luar Negara dan Majlis Keselamatan Negara (MKN) atas dedikasi yang telah ditunjukkan.

hishammuddin letak jawatan

Sehubungan itu, seluruh anggota Kabinet kerajaan Perikatan Nasional (PN) juga melepaskan kedudukan masing-masing.

Terdahulu, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenan perletakan jawatan Muhyiddin.

Al-Sultan Abdullah juga memperkenan supaya Tan Sri Muhyiddin menjalankan tugas sebagai caretaker Perdana Menteri sehingga Perdana Menteri baharu dilantik.

Pendapat anda ? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazaingNara

SUMBERAstro Awani

Comments