Padah Ajak Isteri Rakan Bersetubuh, Lelaki Dibunuh Sebelum Dibuang Ke Longkang

ganggu isteri rakan, lelaki dibunuh

Akibat dendam yang tersimpan sekian lama, seorang lelaki tekad membunuh rakannya yang juga warga Indonesia kerana sering menganggu isterinya sendiri.

Bukan itu sahaja, bara api menjadi semakin marak apabila mangsa bunuh itu juga turut mengajak isterinya itu bersetubuh! Apa kes?

Malang bertimpa susulan penemuan mayat lelaki yang dibunuh dan kemudian dibuang ke dalam longkang di kawasan ladang sawit di Kampung Siang Siang Laut, di sini.

Lapor Harian Metro, Ketua Polis Daerah Lawas Deputi Superintendan Roslan Leman berkata, mayat mangsa yang dikenali sebagai Imran, 40-an, ditemui orang awam, 9.30 pagi Rabu lalu.

Menurut info lanjut, siasatan lanjut mengesan dan menangkap suspek yang juga rakan senegara mangsa berusia 32 tahun di kuarters Ladang Trusan, Kumpulan Kris Jati, Jalan Sundar di sini, 12.10 tengah hari Rabu lalu.

Suspek mengaku bergaduh dengan mangsa pada Isnin (26 April) lalu berpunca daripada mangsa selalu mengganggu sehingga kali terakhir mengajak isterinya bersetubuh.

Susulan itu, suspek juga mengaku bertindak seorang diri dengan bersenjatakan tombak sawit untuk menikam mangsa sehingga mati, kemudian membalut mayat menggunakan kanvas, memikul mayat seorang diri dan membuangnya ke lokasi penemuan mayat.

Namun, beliau berkata, lokasi sebenar pergaduhan sedang dikenal pasti.

Advertisement

Katanya, pemeriksaan pada mayat mangsa mendapatinya kesan-kesan tetakan di dahi, telinga, leher, belakang badan, lutut kiri dan pergelangan tangan putus.

Roslan berkata, suspek dan mangsa juga pendatang asing tanpa izin (Pati).

Menyingkap kejadian lalu, suspek rupanya datang ke Malaysia kira-kira enam bulan lalu melalui jalan tikus Sindumin, Sabah-Lawas membawa bersama dua anaknya berusia 2 dan 6 tahun serta isterinya.

Beliau berkata, suspek juga tidak bekerja selepas diberhentikan daripada Ladang Sawit Tradewind, Jalan Trusan dan sedang mencari pekerjaan baru.

Roslan berkata, suspek kini direman untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Sampai macam ni sekali ya. Sama-samalah kita ambil iktibar.

SUMBER

Comments

comments

SOURCEMetro