Padah Buat Aksi ‘Superman’ Atas Motosikal, Lima Remaja Ditahan

Anak muda pasti mempunyai keinginan tersendiri untuk tunjuk skill lagi-lagi ketika menunggang motosikal. Dilaporkan lima remaja ditahan kerana melakukan aksi berbahaya ketika menunggang motosikal di Lebuh Raya Bertingkat Ampang-Kuala Lumpur (AKLEH), Ampang, awal pagi tadi.

Memetik laporan Kosmo, penunggang dalam lingkungan 15 hingga 19 tahun itu ditahan oleh pasukan Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur menerusi Operasi Samseng Jalanan yang bermula pukul 1 hingga 4.30 pagi.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Zulkefly Yahya, polis mendapati lima remaja terbabit menunggang motosikal dalam keadaan berbahaya.

“Mereka melakukan aksi seperti ‘zig-zag’ dan ‘superman’. Bukan itu sahaja, mereka juga turut bersaing sesama sendiri sewaktu menunggang motosikal dalam keadaan laju”

Susulan itu, polis menahan kesemua mereka yang terdiri daripada tiga pelajar dan dua remaja yang masing-masing bekerja sebagai penolong penyelia dan tukang sapu.

Advertisement

Dua daripada pelajar itu merupakan pelajar daripada Sekolah Menengah (SMK) menunggang motosikal tanpa lesen.

Mereka yang ditahan akan disiasat mengikut Seksyen Akta Pengangkutan Jalan (APK) 1987.

Sumber

Comments

comments