Padah Jual Buah Pinggang Demi iPhone, Lelaki Ini Lumpuh Seumur Hidup

35

Kalau sudah minat pasti sanggup lakukan apa sahaja, itulah juga yang dilakukan oleh seorang lelaki dari China yang menjual buah pinggangnya untuk memiliki iPhone dan iPad.

Lelaki yang dikenali sebagai Xio Wang, 25, itu menjual buah pinggang kanannya di pasaran gelap kira-kira tujuh tahun lalu dan menerima bayaran sebanyak  22,000 yuan (RM13,300). Wang bertindak sedemikian demi membuktikan kepada rakan sekelasnya betapa dirinya seorang yang mengikuti trend tetapi hakikatnya dia tidak mampu.

Xio Wang dapat membeli sebuah iPhone 4 dan iPad 2 tetapi tahap kesihatannya semakin merosot. Keadaan menjadi semakin buruk apabila lukanya dijangkiti kuman.   Dia tertipu dengan kata-kata manis sindiket penjualan organ yang mengatakan seseorang itu boleh hidup normal hanya dengan satu buah pinggang.

Kehidupannya kini begitu sukar, hanya terlantar atas katil tidak mampu bergerak. Mengalami kegagalan buah pinggang dan perlu melakukan dialisis.

Individu yang menjadi orang tengah sindiket tersebut dan doktor yang melakukan pembedahan buah pinggang itu telah diheret ke mahkamah dan keluarga Xiao Wang menerima wanga pampasan berjumlah  1.47 juta yuan (RM890,000).

Sumber Berita : Kosmo & Daily Mail UK

Comments

comments