Padah Raba Punggung Wanita, Buruh Dipenjara Setahun

Mahkamah Majistret Kota Bharu hari ini menjatuhkan hukuman penjara setahun kepada seorang lelaki yang didapati bersalah mencabul kehormatan wanita. Menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV), tertuduh dilihat menunggang motosikal sebelum menyentuh punggung mangsa yang sedang berjalan kaki.

Memetik laporan Sinar Harian, tertuduh, Amran Abdullah membuat pengakuan selepas pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Kamarul Hasyime Rosli.

Perbuatannya pada 25 Mac lalu telah menyebabkan tertuduh didakwa mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau sebatan atau mana-mana daripada dua hukuman itu.

Mengikut fakta kes, tertuduh yang datang dari arah belakang wanita berkenaan bertanya sama ada mahu berkahwin dengannya atau pun tidak. Wanita tersebut menolak pelawaan lalu tertuduh beredar selepas sebuah kereta kebetulan lalu di kawasan kejadian.

Advertisement

Selepas daripada itu, tertuduh datang menyekat wanita dan menyentuh punggung sebelum beredar.

Timbalan Pendakwa Raya, Siti Edabayu Subhan meminta mahkamah menetapkan hukuman setimpal kerana tertuduh sudah mempunyai empat rekod membabitkan kes yang sama.

“Tertuduh telah melakukan kesalahan berat kerana telah mencabul kehormatan mangsa.

Justeru, hukuman yang setimpal dikenakan juga mengambil kira aspek kepentingan awam.”

Tertuduh yang diwakili oleh Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan (YBGK), Siti Atikah Abd Halim merayu hukuman minimum kerana tertuduh adalah satu-satunya individu yang menanggung ibu bapa uzur. Tertuduh juga telah menerima kecaman orang ramai susulan video rakaman CCTV tular.

Comments

comments