Pak Guard Ambil Alih Tugas Doktor Sebabkan Kematian Warga Emas

Keadaan hospital di Lahore, Pakistan

Seorang bekas pengawal keselamatan telah menyamar menjadi seorang doktor dan melakukan pembedahan keatas seorang wanita berusia 80 tahun sebelum disahkan meninggal.

Warga emas dikenali Shameema Begum meninggal dunia dua minggu selepas insiden Muhammad Waheed Butt melakukan pembedahan di sebuah hospital awam di Lahore, Pakistan.

Pesakit mengalami pendarahan di rumah selepas melakukan rawatan yang tidak dijelaskan jenis pembedahan yang dilakukan oleh penyamar.

Tindakan itu kemudian terbongkar selepas pesakit merujuk semula kepada pihak hospital apabila keadaannya semakin buruk.

Advertisement

Menurut jurucakap Polis Lahore, Ali Safdar, pengawal keselamatan itu telah didakwa dan kini berada dalam tahanan polis.

“Butt juga menyamar sebagai doktor dan juga melakukan lawatan ke atas pesakit lain”.

Dia yang dipecat dua tahun lalu atas cubaan memeras ugut wang daripada pesakit di hospital di Pakistan.

SUMBER

Comments

comments