Pak Imam Afrika Dapat Tahu Wanita Baru Dua Minggu Dikahwini Sebenarnya Lelaki

7347

Seorang alim dari Uganda digantung tugas sebagai imam di Masjid Noor, Kyampisi di Kayunga, apabila isterinya yang baru dua minggu dikahwini didapati sebenarnya seorang lelaki.

Sheikh Mohammed Mutumba, 27, baru-baru ini digantung tugas setelah isterinya yang baru dua minggu dikahwini ditangkap mencuri televisyen milik jiran. Bukan kejadian mencuri itu menyebabkan Mutumba digantung tugas, tetapi pendedahan mengejutkan bahawa isterinya, Swabullah Nabukeera, ialah seorang lelaki.

Gambar Sheikh Mohammed Mutumba dan Swabullah Nabukeera: Andrew Itaga/Unsplash

Mutumba dikatakan langsung tidak menyedari jantina sebenar isterinya dan bersedih. Dia tetap digantung tugas oleh pengawai atasan untuk mengekalkan ‘integriti agama’.

Mutumba dan ‘isteri’nya berkahwin melalui satu upacara tradisional islamik bulan lepas. Gambar-gambar yang diambil di majlis perkahwinan itu menunjukkan dia dan kesemua jemputan tertipu dengan perawakan lelaki yang menyamar itu.

Amisi Kinbunga, yang bekerja di Masjid Noor, memberitahu Daily Monitor:

Suaranya lembut dan dia berjalan seperti perempuan.

Dia menambah, dia ada mendengar Mutumba mengadu empat hari selepas perkahwinannya bahawa ‘pengantin perempuan’ itu enggan menanggalkan pakaian walaupun ketika tidur.

Apabila keluar rumah, Nabukeera sentiasa bertudung atau mengenakan gaun tradisional Gomesi, menyebabkan tiada siapa syak apa-apa. Dia juga melakukan kesemua tugas isteri seperti memasak, mengemas dan membasuh kain, jadi si suami tidak merasa curiga.

Kebenaran hanya diketahui apabila ‘isteri’ imam itu ditangkap cuba mencuri set televisyen dan pakaian dari rumah jiran sebelah. Apabila polis sampai, mereka memeriksa badannya untuk mengetahui jika dia ada menyembunyikan barangan lain, dan waktu itu mereka mendapati dia seorang lelaki.

Richard Tumushabe, atau Swabullah Nabukeera

Penyamar itu dikatakan kemudiannya mengakui nama sebenarnya ialah Richard Tumushabe, dan dia berkahwin dengan Sheikh Mohammed Mutumba kerana ingin mencuri wang lelaki itu. Kes ini masih dalam siasatan polis. – amazingnara.com via Daily Monitor

Comments

comments