Pakai Tudung Tetapi Bersepit Rambut Kini Trending

25965

Suatu masa dahulu, pemakaiaan hijab bermula dengan sarungan selendang nipis oleh kaum ibu. Kemudian, ia berkembang kepada fabrik bawal, di mana ia merupakan antara fabrik hijab yang cukup popular kerana sifatnya tidak terlalu nipis dan didatangkan dengan pelbagai warna-warna yang menarik.

Perkembangan hijab diteruskan dengan peralihan kepada jenis hijab awning dan akhir sekali, perkembangan ini beralih kepada variasi pilihan selendang.

Tetapi pada zaman sekarang tak dinafikan hijab telah dijadikan sebagai fesyen oleh kaum wanita di luar sana.

Hijabista zaman sekarang mengenakan bermacam-macam fesyen dalam mengenakan hijab. Ada diantara mereka yang memakai banyak aksesori seperti subang, rantai, dan juga sanggul untuk kelihatan lebih menarik.

Pada raya tahun 2018, telah menjadi tren mereka yang berhijab mengenakan subang di luar tudung. Tetapi tahun ini apa pula?

Gaya sepit rambut? Sepit rambut yang kita gemar kumpul dan pakai semasa kecil dahulu itu.

 Gaya mengenakan sepit rambut sinonim digayakan pada rambut wanita, kini tren hijab terbaru adalah dengan menggunakan klip rambut di tudung.


Gaya ini pernah menjadi tular tidak lama dahulu dan kini ia kembali popular. Namun ada yang berpendapat Yaya, karekter dalam kartun Boboiboy orang pertama yang mempopularkannya.

Wah, hebat sungguh karekter dalam Boboiboy menjadi ikutan semua hijabista sekarang.

Apakah anda semua akan mencuba gaya sepit rambut untuk raya kali ini?

Comments

comments