Pakar Dakwa Ubat HIV Dan Malaria Mungkin Mampu Sembuhkan COVID-19

Professor David Paterson

Jumlah pesakit yang dijangkiti Covid-19 semakin meningkat setiap hari. Tetapi sehingga kini tiada satu pun vaksin yang dijumpai untuk melawan wabak ini. Namun seorang penyelidik dari Australia telah membuat dakwaan bahawa ubat untuk mengubati HIV dan malaria boleh digunakan untuk menangani COVID-19.

Baca: Pakar Buat Ramalan COVID-19 Mungkin Akan Bertahan Sehingga Akhir Tahun 2020

Menurut sumber, sebuah pasukan pakar penyakit berjangkit di Universiti Queensland di Brisbane menyatakan bahawa dadah antimalaria, Chloroquine dan penghalang HIV, kombinasi lopinavir/ritonavir menunjukkan hasil yang memberangsangkan terhadap ujian yang telah dijalankan ke atas manusia.

Berpotensi untuk menjadi rawatan yang berkesan

Gambar Hiasan

Advertisement

Menurut kajian yang dijalankan oleh pasukan itu, mereka telah memberi ubat lopinavir/ritonavir HIV kepada individu yang dijangkiti coronavirus di Australia dan jangkitan tersebut berjaya dihapuskan.

Profesor David Paterson berkata mereka berharap dapat menjalankan ujian kepada lebih ramai individu yang dijangkiti Covid-19 dalam ujian farmaseutikal yang lebih besar akhir bulan ini.

Beliau juga berkata, bahawa pasukanya berharap dapat melakukan percubaan klinikal yang besar di seluruh Australia yang mungkin akan melibatkan 50 buah hospital di sana. Hal ini bertujuan bagi membandingkan kedua-dua ubat tersebut.

Setakat ini, Australia telah mencatatkan sebanyak 156 telah dijangkiti dan pihak berkuasa menjangkakan kes tersebut akan meningkat dalam tempoh beberapa minggu akan datang menjelang ketibaan musim sejuk.

Menteri Hal Ehwal Dalam Negeri Australia, Peter Dutton mengumumkan beliau di diagnos positif Covid-19 dan kini dirawat di hospital di Queensland.

Sumber

Comments