Pakar Kesihatan Jelaskan Punca Dan Cara Atasi Rasa Pening Selepas Makan Durian

buah durian

Memandangkan sekarang ini musim durian, memang ramai yang tak terlepas daripada menikmati raja buah ini di mana-mana sahaja. Anda juga sudah boleh membelinya secara atas talian kerana baru-baru ini FAMA dan Shopee turut sama menjual durian menggunakan platform tersebut.

Baca: FAMA Dan Shopee Lancar Jual Durian Secara Dalam Talian Yang Pertama Di Malaysia

Tapi bagi sesetengah orang, anda mungkin akan mengalami rasa tidak selesa setiap kali selepas menikmati raja buah ini. Lagi-lagi untuk mereka yang ada masalah angin, pasti selepas makan durian anda akan berasa mual dan pening melayang.

Menurut pakar kesihatan Hafiz Sulaiman, ini disebabkan oleh asid amino tyramine yang tinggi di dalam buah durian. Untuk tahu punca lain dan cara untuk mengatasi rasa pening selepas makan durian, jom baca perkongsian dari beliau ini.

Advertisement

Durian tiada kolestrol

durian

Takut kolesterol dan lemak dalam durian? Durian tiada kolesterol. Yillek. Zero kolesterol. Kolesterol wujud dalam haiwan, bukan tumbuhan. Malah durian sangat rendah lemak tepu (0.85g) per 100g durian. Durian juga tinggi lemak mono taktepu yang bagus untuk kesihatan jantung dan salur darah.

Tapi.. Kenapa pening, tekanan darah naik lepas makan durian?

Sebenarnya, puncanya mungkin kerana durian tinggi asid amino tyramine. Biasanya orang ada masalah sistem pencernaan atau “angin”, akan akan mengalami masalah tak serasi tyramine ni:

– Pengecutan salur darah (mampu cetus migrain)
– Pening melayang (risiko cetus vertigo)
– Tekanan darah meningkat (hypertension)
– Jantung berdegup kencang (palpitation)
– Kemungkinan perut tak selesa (gastrik)
– Kembung (angin SIBO)
– Gangguan kepada aktiviti mental (anxiety, panik dan lain-lain)

Selain tyramine, durian tinggi sulfur jadi hati-hati ya jika ada alergi sulfur. Risiko sama alergi lain, boleh jadi semput, bengkak mata dan pengsan. Mati? Boleh jadi. Senang cerita, semua ini berlaku jika ada angin. Jadi nak makan durian dengan aman damai, perut kena sihat!

kopi

Selain itu, beliau turut menjelaskan bagi mereka yang mempunyai masalah angin perlu elakkan makan durian dengan combo makanan lain. Antaranya ialah kafein dan teobromine seperti kopi, teh, coklat. Selain itu alkohol (Histamine, tyramine), seafood bercengkerang (Histamine) dan cili, peram (tempoyak).

Cara atasi rasa pening

Bagi mereka yang ingin mengatasi masalah rasa pening selepas makan durian, ini adalah beberapa solusi yang boleh dicuba:

  1.  Pulihkan perut dengan rehatkan dulu makanan pencetus seperti makanan di atas.
  2. Bantu dengan nutrisi pemulihan seperti vitamin C, antioksida dan antikeradangan.
  3. Kembalikan cara hidup fitrah untuk bantu pemulihan badan. Pilih makanan toyyib, tidur awal dan aktifkan diri di waktu siang.

Jangan fikir banyak sangat. Kalau tak ada masalah kesihatan, makan sahaja durian dengan penuh kesyukuran kerana durian sememangnya adalah superfood.

Makan durian bawa manfaat jika sederhana. Jika tak cakna jadi musibat kita merana.

Comments

comments