Paksa Isteri Lakukan Seks Tanpa Kerelaan Adalah Jenayah Rogol

2880

Kita harus menghadapi realiti dimana ada sesetengah lelaki yang sudah berkahwin, menganggap mereka ‘berkuasa’ dan mempunyai hak mutlak terhadap isteri. Memaksa melakukan pelbagai perkara dengan alasan :-

“Syurga terletak di bawah tapak kaki suami, kalau kau tak nak jadi isteri derhaka, lebih baik kau buat apa yang aku suruh.”

Lebih dasyat, apabila suami memaksa isteri mengadakan hubungan seks tanpa kerelaan.

Setiap suami seharusnya menghormati pasangan mereka dan perlu mendapatkan persetujuan daripada isteri, sekiranya ingin melakukan persetubuhan kerana isteri mempunyai hak ke atas diri mereka sendiri. 

Jika ia berlaku juga, suami tersebut boleh dituduh atas tuduhan merogol.

Terbaru, Suruhanjaya Kebangsaan Anti Keganasan Terhadap Wanita Indonesia (Komnas Perempuan) mengatakan bahawa, persetubuhan suami isteri yang halal juga boleh disabitkan sebagai jenayah rogol jika hubungan kelamin dilakukan secara paksa tanpa ada kerelaan dari isteri.

Tidak dinafikan dalam hukum Islam hubungan suami isteri itu sudah halal tetapi jika dilihat dari sudut undang-undang, sebarang bentuk paksaan adalah perlakuan jenayah.

Pemerkosaan dalam pernikahan merupakan salah satu bentuk keganasan rumah tangga.

Suami yang memaksa isterinya melakukan sesuatu tanpa izinnya adalah satu bentuk rogol atau keganasan seksual terhadap wanita sehingga terdapatnya kes-kes teruk dimana ia berakhir dengan kematian.

Isu rogol di dalam perkahwinan ini bukanlah perkara baharu, tetapi masih ada lagi pihak yang tidak mempedulikan perkara serius ini. Akhirnya mangsa tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya menanggung derita kerana tiada pengadilan untuk mereka.

Harus diingatkan, penderaan dan perbuatan seks yang halal adalah dua perkara yang berbeza.

Sumber Berita : The Star 

Comments

comments