“Pantai Sana Kuat Tarik Orang, Dah Banyak Kes, Tiada Yang Terselamat.”

32607

Tular sejak beberapa hari lepas mengenai kejadian lemas ketika mandi di Teluk Bidara, Dungun, Terengganu. Kejadian melibatkan beberapa orang pelajar Politeknik Sultan Mizan Zainal Abidin (PSMZA) itu menjadi perbualan di media sosial, apabila empat orang pelajar lemas serentak.

Dalam kejadian 6.30 petang Jumaat lalu, Muhamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin; Muhammad Zul Fahmi; Muhammad Ikhwan Ahmad Azhan; dan Mohamad Amir Izzudin Zulkiflee, kesemuanya berumur 21 tahun, dikatakan mandi di kawasan berbatu dan tergelincir, sebelum dipercayai ditarik ombak.

Mayat Zul Fahmi pertama ditemui tiga kilometer dari tempat kejadian. Mayat Mohamad Luqman Hakim Al Rashid ditemui kemudiannya, diikuti Mohamad Luqman Hakim Al Rashid Mohamed Sabarudin. Kemudian, jenazah Mohammad Amir Izzudin Zulkiflee telah ditemui.

Foto: @muhammadaming_
Foto: @muhammadaming_

Sementara itu, penduduk Terengganu mengingatkan orang ramai terutamanya pelajar PSMZA dan Universiti Teknologi MARA, Dungun untuk tidak mandi di Teluk Bidara dan juga pantai di kawasan Dungun. Ini kerana sudah ramai lemas di situ, semuanya tidak ditemui selamat dan ada mayat yang tidak ditemui sehingga sekarang.

“Pantai sana kuat tarik orang.”

“Kawan aku lemas di situ, tak ditemui sehingga kini.”

“Jangan mandi di pantai yang bersih tetapi tiada orang lain mandi.”

“Minta tolong tak ada orang toleh.”

Kes ini patut menjadi pengajaran kepada pelajar atau anak-anak muda di luar sana agar tidak mandi di pantai yang orang tempatan tidak mandi.

Kerana orang tempatan lebih tahu mengenai kawasan tersebut dan sekiranya ia tempat yang selamat, ia pasti sudah menjadi tempat tumpuan ramai.

Semoga roh mereka yang terkorban dicucuri rahmat. – amazingnara.com

Comments

comments