Pasangan Jepun Hasilkan 50 Kotak Kuih Malaysia Dan Bagi Secara Percuma!

Pasti ramai yang suka dengan kuih yang ada di Malaysia lagi-lagi waktu Ramadan, ramai orang pasti akan mencari kuih di Bazaar Ramadan untuk juadah berbuka puasa.

Tanpa disangka, kuih yang ada di Malaysia bukan sahaja mempunyai penggemar daripada masyarakat tempatan malah juga mendapat perhatian daripada masyarakat dari luar negara. Salah satunya ialah pasangan dari Jepun, Ichang dan Jimmy yang menetap di Hong Kong suka berkongsi pengalaman mereka mencuba resipi dari Malaysia.

Terbaru, pasangan ini ada memuat naik video mereka membuat 3 jenis kuih dari Malaysia seperti tepung pelita, kuih keria dan kuih cara manis. Apa yang lebih teruja ialah mereka membuat kuih ini untuk menghasilkan 50 kotak kuih dan akan diberikan kepada orang ramai secara percuma.

Daripada awal proses pembuatan kuih sehingga akhir mereka melakukannya sendiri dengan mengikut resipi daripada Youtuber terkenal Malaysia. Mereka mengagihkan kesemua kuih itu di hadapan kediaman mereka seolah-olah sedang membuka ‘mini bazaar Ramadan’. Comel je tengok ‘mini bazaar’ diorang.

Advertisement

Belum sempat untuk membuat persediaan di hadapan rumah sudah ada beberapa individu yang datang kepada mereka. Mungkin mereka beranggapan Ichang dan pasangannya sedang membuat persiapan untuk membuka gerai tapi sebenarnya tidak.

“Ianya percuma. Awak boleh ambil”

Ramai yang tidak menyangka kesemua kuih itu diberi secara percuma tanpa dikenakan bayaran. Boleh dikatakan semua orang yang datang ke ‘mini bazaar’ pasangan ini kelihatan gembira kerana dapat merasakan kuih dari Malaysia secara percuma.

Ada juga beberapa individu yang bertanya apa tujuan pasangan ini mengagihkan kuih secara percuma bahkan sampai ada yang tertanya-tanya berkaitan Ramadan memandangkan mereka kurang mengetahuinya.

“Ramadan ialah ketika orang Muslim berpuasa dalam masa sebulan dan sering berkongsi makanan kepada orang sekeliling” – Ichang

Menurut pasangan ini, mereka agak malu untuk berinteraksi dengan orang sekeliling terutamanya kepada jiran-jiran mereka. Jadi, dengan cara seperti ini dapatlah mereka mengenal lebih dekat dan bermesra dengan orang sekeliling.

Pada awalnya, mereka agak risau jika masyarakat di Hong Kong mengabaikan atau tidak suka dengan apa yang mereka buat namun sangkaan mereka silap, mereka baru sahaja membuat persediaan di hadapan rumah sudah ada jiran mereka yang datang untuk menyapa.

Tambahnya, mereka juga tidak menyangka yang bulan Ramadan memberi satu kebahagiaan walaupun mereka sedang menetap di Hongkong yang beberbeza budaya.

Video yang baru sahaja dimuat naik dalam masa seminggu sudah meraih lebih 500,000 tontonan di Youtube.

Sumber

SUMBERYoutube

Comments