Pasangan Pengantin Redha Rumah Hangus Dijilat Api 2 Hari Sebelum Kahwin

64

Setiap pasangan pengantin pasti mengimpikan sebuah majlis meriah yang akan menjadi satu memori indah dan kenangan dalam hidup mereka.

Namun, kami tidak dapat membayangkan rasa sayu dan kecewa pasangan raja sehari ini apabila ditimpa  dugaan berat dimana rumah keluarganya hangus dijilat api dua hari sebelum majlis pernikahan.

Lebih menyedihkan, pengantin perempuan baru sahaja menyiapkan gubahan hantaran buat pihak lelaki, tetapi segala persiapan perkahwinan sudah musnah.


Bukan itu sahaja, ibunya pula telah dimasukkan ke hospital kerana mengalami serangan jantung mungkin akibat terkejut dengan apa yang berlaku.

Meskipun masih merasa sedih dan menanggung dugaan yang berat atas insiden tersebut, pasangan pengantin ini tetap ingin mengabdikan kenangan dan bergambar dalam busana akad nikah di kawasan rumah yang sudah terbakar.



Kejadian yang menimpa pasangan ini mendapat perhatian netizen yang rata-rata bersimpati dengan nasib mereka. Namun, ramai yang kagum dengan ketabahan mereka suami isteri yang masih mampu mengukir senyuman meskipun dilanda dengan ujian yang sangat hebat.

Sumber Berita : Facebook Fairi Lorenzo Aliyati

Comments

comments