Pasangan Petani Cipta Sejarah, Hasilkan Mangga Paling Berat Di Dunia

pasangan petani bersama mangga paling berat di dunia

Pasangan petani bertuah di Colombia berjaya mencipta sejarah luar biasa apabila mereka berjaya menghasilkan mangga paling berat di dunia.

Pasangan yang dikenali sebagai German Orlando Novoa Barrera dan Reina Maria Marroquin menghasilkan mangga seberat 4.25 kilogram dan diiktiraf oleh Guinness World Records.

Buah mangga yang ditanam di ladang San Martin, Boyaca itu membesar berbeza daripada mangga lain dari pokok yang sama.

Setelah itu, anak mereka Dabegy terus membuat penyelidikan di internet sebelum mengetahui mangga mereka paling berat di dunia. Ia merupakan satu pengiktirafan buat rakyat Colombia.

Advertisement

“Ini satu pengiktirafan atas usaha kami selama ini dan didedikasikan buat semua penduduk Guayatuno”.

Rekod terbaharu itu mengatasi rekod terdahulu yang dipegang petani dari Filipina apabila menghasilkan mangga seberat 3.44 kilogram pada 2009.

SUMBER

Comments

comments