Pasaraya Di Indonesia Diserbu Pembeli Yang Panik Selepas Indonesia Mencatatkan Kes Pertama COVID-19

pasaraya indonesia

Susulan pengumuman daripada Presiden Joko Widodo semalam, nampaknya rakyat Indonesia kini panik apabila negara mereka mencatatkan kes pertama COVID-19 atau coronavirus. Dua kes yang dilaporkan ini menjadi kes pertama wabak itu dikesan di Indonesia yang sebelum ini masih bebas dari wabak itu.

Kes yang dicatatkan ini telah menimbulkan suasana panik dalam rakyat Indonesia yang kini sibuk membeli barangan rumah di pasaraya di sana. Beberapa pembeli di sana dilihat membeli barangan rumah dalam jumlah yang banyak untuk dijadikan sebagai stok.

pasaraya indonesia
Sumber

Salah seorang pembeli memberitahu dia terkejut melihat begitu ramai pembeli di pasaraya itu sebaik sahaja dia tiba. Menurutnya, sebanyak 10 kaunter mempunyai barisan pelanggan yang sangat panjang mahu membayar. Dia juga memberitahu kebanyakan barangan di beberapa rak di pasaraya itu telah kosong dihabiskan oleh pembeli yang lain.

pasaraya indonesia

Advertisement

pasaraya indonesia

Antara barang yang laris diambil adalah mee segera dan makanan beku. Barangan lain seperti gula, hand sanitizers dan pencuci antiseptik yang habis hampir di kesemua rak. Bukan hanya pasaraya, malah drugstore juga menjadi sasaran rakyat Indonesia untuk membeli barang keperluan.

“Selepas mendengar pengumuman itu, saya dan pekerja yang lain bergegas ke drugstore berhampiran untuk membeli topeng muka tapi semuanya sudah habis dijual.”

Salah seorang pembeli menceritakan pengumuman daripada Presiden Jokowi itu telah mencetuskan suasana panik yang menyebabkan orang ramai bergegas membeli barangan keperluan rumah dan topeng muka. Sebelum ini, dua individu rakyat Indonesia dikesan positif coronavirus selepas bertemu dengan warga Jepun yang diuji positif di Malaysia.

Artikel berkaitan: Pekerja Khazanah Nasional Dijangkiti Covid-19 Berada Dekat Dengan Bekas Menteri Pada Hari Simptom Muncul

Sumber

Comments