Pasukan Dota Malaysia Menang Tempat Ke-3 Untuk World Cyber Game Peringkat Serantau

687

Baru-baru ini pada 27 Mei 2019 telah berlangsungnya Dota 2 APAC Final of Cyber Games World di Korea. Sekiranya anda terlepas, inilah masanya untuk anda tahu bahawa pasukan Malaysia menang tempat ketiga.

Tahniah kami semua ucapkan kepada pasukan Unicorn! Pasukan Unicorn terdiri daripada 5 pemain, bertarung melawan 7 pasukan lain dari seluruh Asia Pasifik dan dinobatkan tempat ketiga di peringkat serantau.

Mereka telah kalah dengan Cignal Ultra dari Filipina dan MSCERBERUS TH dari Thailand yang mara ke Grand Finals akan berlangsung pada 18 hingga 21 Julai ini.

Pasukan Unicorn bukan satu-satunya pasukan Malaysia yang menyertai Cyber Games World kerana Geek Fam juga berjuang keras tetapi gagal mencapai tempat tiga teratas.

Apa yang anda semua perlu tahu bahawa pasukan Unicorn juga akan mewakili Malaysia untuk Dota 2 di Sukan Sea Filipina 2019 yang akan berlangsung pada Novemmber ini.

Sebagai rakyat Malayisia, kita semua perlu menyokong mereka dan berbangga kerana menang di tempat ketiga dalam mewakili Malaysia untuk Dota 2.

Semoga pasukan Unicorn terus berusaha untuk menjadi johan pula pada Suka Sea yang akan datang.

Sumber:TheRakyatPost

Comments

comments