Pasukan Keselamatan Akan Mengawal Ketat Pusat Penyimpanan Vaksin Covid-19 -KJ

Seperti yang dimaklumkan bahawa rakyat Malaysia bakal menerima vaksin Covid-19 pada akhir Februari ini. Menurut Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin, pasukan keselamatan seperti Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan mengawal pusat penyimpanan vaksin Covid-19 di seluruh negara, lapor Kosmo.

vaksin

Bukan itu sahaja, pasukan keselamatan berkenaan juga akan mengawal pergerakan konvoi untuk pengedaran vaksin tersebut.

“Kita akan meletakkan polis bagi menjaga keselamatan vaksin Covid-19 di pusat simpanan vaksin. Ini penting kerana vaksin sudah menjadi sangat bernilai”

Advertisement

Tambahnya, kebenaran daripada Kementerian Dalam Negeri (KDN) sudah diperoleh untuk tujuan kawalan dan pergerakan tersebut.

Beliau percaya PDRM dan ATM akan membantu di pusat penyimpanan vaksin dan juga dalam menghantar konvoi-konvoi yang membawa bekalan vaksinn ke seluruh Malaysia.

Sumber

Comments

comments

SOURCEKosmo