Pavilion Kuala Lumpur Dihiasi Naruto Sempena Koleksi Istimewa Bersama Coach

579

Animasi popular dari Jepun ini cukup sinonim dengan rakyat Malaysia. Mana tidaknya, masa zaman kanak-kanak dahulu memang kebanyakan kita akan menonton Naruto pada hujung minggu. Sanggup pula tu bangun pagi-pagi dan tunggu depan televisyen.

Untuk pengetahuan anda, baru-baru ini juga Coach dan Michael B. Jordan telah mengeluarkan satu koleksi khas Naruto. Koleksi Coach X Naruto ini hadir dengan 18 rekaan untuk jaket, t-shirt, hoodie dan beg. Kesemua rekaan logo, watak dan motif bertemakan siri Naruto.

Kini, watak Naruto menghiasi butik utama Coach di Pavilion Kuala Lumpur sempena meraikan koleksi yang bakal dipasarkan itu. Jadi untuk peminat Naruto, anda juga boleh bergambar di lokasi strategik ini bersama Naruto, Itachi dan Kakashi juga.

Dan untuk yang tak tahu, hari ini juga merupakan tarikh kelahiran Naruto! Sekarang ini, ‘Naruto’ tengah trending di laman Twitter dengan ucapan daripada peminat-peminat animasi ini. Bukan biasa-biasa tu, siap dapat ucapan lagi!




Selamat hari jadi, Naruto!

Comments

comments