Pawagam Rayu Benar Beroperasi Semula Dengan SOP Lebih Ketat

pawagam

Kes jangkitan di Malaysia nampaknya masih tinggi tetapi kebanyakan premis perniagaan sudah boleh mula beroperasi. Ini selepas pihak kerajaan melihat peratusan status vaksinasi melibatkan orang dewasa di Malaysia juga tinggi dan ini memberi sedikit kelegaan. Oleh itu kebanyakan premis boleh beroperasi dengan syarat hanya membenarkan mereka yang sudah lengkap vaksin sahaja untuk masuk.

Disebabkan itu, semakin banyak perniagaan lain juga meminta kebenaran untuk beroperasi seperti biasa dan ini samalah seperti pengusaha pawagam.

Oleh itu, dalam perkembangan terkini Ketua Pegawai Eksekutif Golden Screen Cinemas (GSC) Group, Koh Mei Lee memaklumkan mereka turut sudah bersedia untuk kembali beroperasi.

Advertisement

pawagam

“Pawagam mempunyai SOP yang ketat tetapi untuk pembukaan semula ini, kami hanya akan membenarkan pelanggan yang diberi dua dos vaksin sahaja untuk masuk. Sijil digital MySejahtera akan menjadi syarat untuk masuk.”

Koh Mei Lee turut merasakan rasa kecewanya apabila pawagam menjadi tempat pertama yang ditutup kerana Covid-19 dan menjadi tempat terakhir untuk dibenarkan operasi. Jadi, mereka berharap agar pawagam dibenarkan untuk beroperasi sekaligus memanfaatkan lebih 20,000 orang pekerja.

“Rakyat Malaysia telah terkurung lebih dari setahun. Kami merayu agar panggung wayang dibuka kerana ingin memberi peluang kepada rakyat Malaysia yang sudah divaksin penuh, satu tempat yang kosnya berpatutan dan selamat untuk hilangkan tekanan, bersantai dan sekali gus memenuhi kesihatan emosi dan mental mereka.”

Bagaimanapun, setakat ini masih belum ada arahan rasmi tentang pembukaan semula pawagam ini. Semoga ada sinar buat mereka.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

Comments