PDRM Sahkan 40,000 Rantaian Individu Mungkin Positif COVID-19 Dikesan Daripada Ijtimak Tabligh

kluster tabligh

Dalam rakyat masih dibelenggu dengan masalah COVID-19 ini, Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah meberi perkhabaran satu berita yang sangat merunsingkan. Dikatakan bahawa daripada data yang diperolehi, rantaian virus ini yang berpunca daripada ijtimak tabligh di Seri Petaling pada Mac lepas merangkumi seramai 40,000 orang.

Data yang dianalisa oleh satu pasukan khas di Jabatan Penyiasatan Jenayah Bukit Aman menjelaskan bahawa kesemua yang dikenal pasti itu berkemungkinan besar dijangkiti virus tersebut.

Analisa dibuat untuk membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenalpasti 11,000 jemaah yang menghadiri perhimpunan tersebut. Pasukan yang dipertanggungjawabkan telah menapis dan menggunakan pendekatan spesifik untuk menjejaki rangkaian kontak rapat, sejarah perjalanan dan sesiapa yang mungkin terjejas daripada yang terlibat.

Kami telah mengenalpasti individu yang terlibat termasuklah mendapatkan maklumat terperinci seperti alamat rumah, nombor telefon dan nombor kad pengenalan dan ianya untuk kegunaan KKM supaya dapat berhubung dengan mereka bagi menjalankan saringan COVID-19.

jemaah tabligh

Advertisement

Pihak polis kini juga sedang berusaha untuk mendapatkan maklumat mengenai jemaah tabligh yang berada di luar negara. Bukan itu sahaja, maklumat yang diperolehi akan diberikan kepada pihak imegresen untuk tindakan susulan sejurus selepas mereka pulang ke Malaysia.

Pihak polis juga meminta orang ramai tidak menunding jari kepada jemaah tabligh supaya tidak merumitkan keadaan.

Sumber

Comments

comments