Pedofil Richard Huckle Ditemui Mati Ditikam Di Penjara Britain

13323

Pedofil yang mengaku bersalah atas 71 pertuduhan jenayah seksual kanak-kanak Britain telah ditemui mati ditikam dalam penjara menurut laporan media United Kingdom.

Laporan mengatakan bahawa Richard Huckle, 33, ditemui mati  terlungkup berlumuran darah dengan beberapa kesan tikaman menggunakan pisau buatan sendiri dalam selnya pada Ahad (13 Oktober).

Dia sebelumnya sedang menjalani 22 hukuman penjara seumur hidup di Penjara Full Sutton di York, bahagian utara England.

Bekas jurugambar itu dikenali ramai setelah didapati mendera seksual sekitar 200 orang kanak-kanak antara 2006 hingga 2014, terutamanya di Malaysia.

Mangsanya berusia enam bulan hingga 12 tahun.

Dia ditahan di Lapangan Terbang Gatwick pada 2014 melalui maklumat pihak berkuasa Australia.

Rakan satu selnya kini sedang diasingkan sementara Polis Humberside memulakan siasatan  pembunuhan Huckle. – BBC UK, Dailymail UK

Comments

comments