Pejabat JPJ Kini Diserbu Orang Ramai Selepas Kaunter Kembali Beroperasi

kaunter jpj

Berdasarkan perkongsian di media sosial, beberapa Pejabat Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula diserbu orang ramai selepas kembali dibuka pada minggu ini. Dapat dilihat orang ramai beratur panjang di luar pejabat JPJ bagi menyelesaikan urusan mereka yang tertangguh sebelum Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini.

Jika dilihatkan pada perkongsian video di bawah ini, orang ramai berpusu-pusu berlari masuk ke kaunter sebaik sahaja pejabat dibuka. Bagi yang tidak tahu, pasti menyangka ada jualan murah sempena hari raya yang sedang berlangsung di situ.

Video yang dikongsikan ini dipercayai berlaku di pejabat JPJ yang terletak di Pulau Pinang. Beberapa pejabat JPJ di seluruh negara turut menyaksikan kejadian yang sama di mana orang ramai dilihat sanggup beratur panjang untuk menyelesaikan urusan mereka.

Walaupun orang ramai dilihat beratur panjang, para pengunjung dilihat cuba mematuhi peraturan dan beratur seperti masyarakat yang bertanggungjawab dan mengamalkan penjarakan sosial seperti yang disarankan kerajaan. Namun, orang ramai dinasihatkan supaya tidak tergesa-gesa untuk ke pejabat JPJ berhampiran sekiranya tiada urusan penting.

Ketua Pengarah JPJ Datuk Seri Shaharuddin Khalid memberitahu pemegang Lesen Kenderaan Bermotor (LKM) dan Lesen Memandu (LLM) yang tamat tempoh supaya tidak tergesa-gesa hadir ke JPJ untuk memperbaharui lesen kerana mereka dikecualikan daripada memperbaharuinya sejak PKP dilaksanakan.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments