Pekan Danok Thailand Memanggil-Manggil Pelancong Malaysia

danok

Wah, kecoh betul pasal Thailand hari ni lepas seorang usahawan lelaki terkenal akhirnya berjaya ditahan. Tapi kita bukan nak bercerita tentang dia, tapi kita nak kata yang Danok dah memanggil gais!

Pekan Danok dekat selatan Thailand ni memang destinasi pilihan popular pelancong Malaysia sebab ada banyak hiburan dan barangan yang boleh kita dapatkan.

Terkini, penasihat Persatuan Usahawan Danok, Dr Suthiphong Sitthipataraprapha bercadang untuk membuka semula pekan itu khas untuk pelancong dari Malaysia. Cadangan ini dilihat sesuai selepas kejayaan Phuket menghidupkan semula aktiviti pelancongan mereka dengan syarat pengunjung mestilah lengkap dua dos vaksin.

Advertisement

danok

“Pengunjung perlu menjalani ujian RT-PCR dalam tempoh 72 jam sebelum tiba di Pekan Danok. Mereka hanya boleh bergerak dalam lingkungan radius 2.7 kilometer dari sempadan dan hanya boleh tinggal di hotel terpilih di bawah Safety and Health Administration (SHA).”

Keutamaan diberikan kepada pelancong Malaysia selepas melihat negara kita bakal mencapai imuniti kolompok menjelang Oktober ini.

Tapi macam mana pula dengan tahap imuniti di Danok?

“Setakat ini, suntikan vaksin Covid-19 di Pekan Danok hanya 30 hingga 35 peratus sahaja.” – Kata Naib Presiden Majlis Industri Pelancongan Thailand wilayah Songkhla Aida Oujeh.

Sukar juga tu, jika ingin membuka semula pusat pelancongan, bukan hanya pengunjung perlu lengkap vaksin, tuan rumah juga perlu lengkap vaksin.

Oleh itu, Aida berharap agar kerajaan Thailand dapat mempercepatkan kempen vaksinasi di wilayah Songkhla. Apapun, korang yang merancang untuk melancong, pastikan ikut SOP yang ditetapkan. Tapi kita tunggu dulu apa respon kerajaan Malaysia mengenai perkara ini.

Pendapat anda? Kongsi bersama kami di Facebook dan Telegram AmazingNara

SUMBERHarian Metro

Comments