Pekerja Jepun Kerja 60 Jam Seminggu Sering Tertidur Di Kaki Lima

1639

Kita kalau kena kerja seminggu 60 jam, Tak tahulah nak cakap apa, macam manalah kehidupan kita kan? Tetapi budaya kerja lebih dari 60 jam sudah biasa diamalkan oleh penduduk Jepun. Ia adalah satu budaya masyarakat yang diamalkan sejak dahulu lagi.

Di Jepun berkerja lebih dari 60 jam adalah salah satu perkara normal yang dilakukan oleh penduduknya. Budaya kerja lebih waktu ini telah diamalkan berabad lagi.

Ia mula diamalkan selepas peperangan dunia kedua dimana pada masa itu Perdana Menteri Shigeru Yoshida mengalakkan syarikat-syarikat Jepun untuk memberi ganjaran berkerja lebih masa untuk merombak kembali ekonomi negara tersebut.


Selepas beberapa dekad kemudian, budaya kerja lebih masa ini telah pun diamalkan oleh rakyatnya sehingga hari ini.

Hari ini, Etika berkerja yang diamalkan oleh rakyat Jepun adalah sesuatu yang tidak sihat dan berbahaya. Negara Jepun kini sedang menghadapi masalah kegagalan jatung dan kadar bunuh diri tinggi berbading negara lain.

Sekarang ini, kerajaan di negara mereka terpaksa mengalakkan mereka untuk berkerja pada waktu yang singkat.

Seorang jurugambar Pawel Jaszczuk membuat kajian mengenai pekerja yang berkerja lebih masa akan pulang lewat malam dan ditemui tidur di tepi lorong dan di kaki lima.

Pawel yang berasal Poland menetap di Tokyo dan mengahwini wanita Jepun telah mula mengambil gambar sejak dari tahun 2008 hingga 2010 dan menerbitkan buku mengenai warga Jepun kerja lebih masa dan tidur di kaki lima pada tahun 2018.

Menurut Pawel kepada portal Vice, segelintir sahaja rakyat Jepun yang mabuk dan tidur di jalanan tetapi 100% dari mereka sebenarnya baru sahaja pulang dari kerja dan sangat penat hingga terpaksa berhenti dan tidur di jalanan.

Kata Pawel, budaya ini sangat normal di Jepun untuk mereka yang berkerja di pejabat dan masih memakai baju kerja tidur di jalan-jalan berdekatan  stesyen kereta api. Ini sudah menjadi norma dalam kehidupan masyarakat di sana.

Saya mengayuh basikal setiap malam untuk mengambil gambar mereka yang baru pulang dari kerja setiap hari.

Kawan-kawan saya dari Jepun semua memahami kerja saya. Saya mengambil gambar untuk membantu masyarakat Jepun  mengubah gaya kehidupan mereka dan ingin majikan tahu bahawa seorang pekerja bukanlah mesin tetapi manusia yang memerlukan rehat.

Dalam beberapa tahun ini, Jepun telah melaksanakan undang-undang jam kerja termasuk undang-undang ‘Pembaharuan Gaya Kerja’. Tetapi budaya kerja lebih masa masih sama dan tidak berubah.

 

Comments

comments