Pekerja Tesco Temui Bayi Ditinggalkan Di Dalam Kenderaan Berseorangan

Seorang pekerja Tesco E-Gate di Pulau Pinang telah menemui seorang bayi yang ditinggalkan di dalam sebuah kereta di tempat letak kenderaan di premis itu.

Bayi itu dilaporkan telah ditinggalkan di situ tanpa ditemani oleh sesiapa.

Ketika kejadian pekerja Tesco tersebut yang kebetulan lalu di sebelah kereta itu, telah meminta pertolongan daripada orang ramai. Nasib menyebelahi mereka kerana tingkap belakang kereta tersebut terbuka sedikit.

Ini telah memudahkan mereka untuk membuka kunci pintu kereta dan berjaya menyelamatkan bayi tersebut. Bayi itu dilaporkan selamat dan tidak mengalami sebarang masalah.

Advertisement

Ibubapa dan penjaga seharusnya lebih peka ketika meninggalkan kenderaan. Perkara seperti ini kerap dilaporkan berlaku sehingga ada yang membawa kepada kematian.

Sumber

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments