Pekerja Warga Pakistan Gembira Bos Bawa Bercuti Di Hotel 4 Bintang

Tanggungjawab seorang majikan amat penting dalam menjaga kebajikan pekerjanya lagi-lagi bagi mereka yang jauh dengan ahli keluarga. Hal ini juga sekaligus dapat melancarkan hubungan kedua pihak dalam pekerjaan.

Menerusi laporan Mstar, seorang wanita bermurah hati telah membawa beberapa pekerja warga Pakistan untuk menikmati percutian hotel 4 bintang di Kuala Lumpur.

Wanita ini juga berkongsi beberapa video di akaun TikTok miliknya yang memperlihat pekerja-pekerjanya seronok mandi di kolam renang. Bukan itu sahaja, mereka juga turut menikmati makanan di sebuah restoran terkemuka.

Advertisement
@intan.azizan

Happy life..No Stress..??..#ladyboss #foryoupage #tiktokpakistan #smile #tiktokmalaysia

? original sound – Intan azizan ?? – Intan azizan ??

Dia bergerak dari Rawang, Selangor ke Kuala Lumpur dengan menaiki tujuh buah kereta dan percutian itu melibatkan 40 orang terdiri daripada ahli keluarganya dan 30 orang kakitangannya yang mana 15 daripadanya ialah warga Pakistan.

“Saya memang suka bawa staf saya jalan-jalan, termasuk pekerja warga Pakistan yang terpaksa berjauhan dengan keluarga”

Katanya, cara mereka berkerja pun sangat memuaskan dan ini merupakan caranya untuk menghargai kesemua kakitangannya.

@intan.azizan

No caption ?..#ladyboss #foryoupage #tiktokpakistan #tiktokmalaysia #supportstaff #smile

? Humko Humise Chura Lo – Shahrukh Khan

Tambahnya, dia sudah menganggap mereka seperti keluarga sendiri. Baginya, sebagai seorang ketua perlulah menunjukkan sikap yang baik dan ikhlas dalam sesuatu perkara.

Sumber

SUMBERMstar Online

Comments