Pelajar Darjah Lima Kecewa Hadiah Pada Guru ‘Dikitar Semula’ Guru Sebagai Hadiah Pada Adiknya

69050

Bersempena Hari Guru yang bakal disambut 16 Mei ini, ramai pelajar sekolah memberi hadiah kepada guru-guru disayangi dengan hati berbunga, mengharapkan guru akan menyukai dan menghargai hadiah yang diberi biarpun tidak semahal mana. Namun begitu, seorang pelajar darjah lima merasa terkejut apabila hadiah yang diberinya pada guru, dikitar semula sebagai hadiah yang diberikan pula pada adiknya yang masih berada di pra-sekolah.

“Adikku marah dan kecewa gila.”

Ada yang mendakwa, guru tersebut berhak berbuat demikian kerana ia kini menjadi miliknya dan terpulang apa yang hendak dibuatnya dengan hadiah itu, termasuk memberi hadiah itu kepada orang lain. Bagaimanapun, dia berkata ia mengecewakan adiknya, kerana itu dia menceritakan tentang perkara ini melalui Twtter.

Seorang Netizen berkata, ibunya seorang guru dan tidak akan mengitar semula hadiah anak murid untuk diberikan pada murid lain.

“Paling-paling aku yang rembat.”

“Pernah hadiah tudung yang aku beri cikgu dibuat alas meja.”

Seorang Netizen lagi berkata, sejak hadiah yang diberikan kepada guru diperli guru lain dan tidak dihargai, dia tidak lagi memberi hadiah kepada cikgu.

Kanak-kanak memang mudah tersentuh perasaannya dan jika dia merasakan hadiah yang diberi itu sangat bernilai buat gurunya, pasti akan terasa hati jika mengetahui yang ianya hanya dikitar semula untuk diberikan pada orang lain.

Sekurang-kurangnya, pastikan hadiah itu tidak diberikan kepada pelajar lain dari keluarga yang sama. Apa pendapat anda? – amazingnara.com

 

Comments

comments