Pelajar Di England Dibenarkan Datang Lewat Ke Sekolah Selepas Tonton Final Euro2020

final euro2020

Memandangkan perlawanan akhir Euro 2020 antara England dan Itali akan berlangsung pada pukul 8 malam (3 pagi waktu Malaysia) Ahad di Stadium Wembley, kebanyakan sekolah di England membenarkan pelajar mereka untuk masuk lewat pada pagi Isnin. Wow, boleh datang lewat ke sekolah!

Bagi pihak sekolah, mereka berpendapat perlawanan tersebut akan menjadi satu pembelajaran kepada para pelajar.

final euro2020
Sumber: Times of India

“Lebih baik mereka dapat tidur yang cukup dan hadir ke sekolah dalam keadaan sudah sedia” 

Walaupun kelas akan bermula pada jam 8.40 pagi seperti biasa tetapi para pelajar dibenarkan untuk hadir ke sekolah selewat-lewatnya jam 10.30 pagi.

pelajar pergi ke sekolah

Advertisement

Seorang jurucakap di London berkata perkara itu lebih baik daripada mereka tidak hadir atau datang ke sekoah dalam keadaan marah kerana tidak dapat tidur yang cukup.

Bukan itu saja, sekolah lain juga menggalakkan pelajar mereka untuk menonton perlawanan akhir berkenaan.

“Jika anak anda peminat bola sepak dan mungkin akan berjaga pada hari Minggu untuk menonton perlawanan tersebut, biarkan mereka tidur sepuasnya sebelum datang ke sekolah.”

Sumber

SUMBERAstro Awani

Comments