Pelajar Malaysia Antara Salah Satu Pasukan Yang Membangunkan Kit Ujian COVID-19 Pantas Di Oxford

kit ujian COVID-19

Teknologi kit ujian pantas untuk COVID-19 telah berjaya dibangunkan oleh pasukan saintis dari University of Oxford dan Suzhou Centre for Advanced Research (OSCAR). Yang lebih membanggakan, pelajar PhD dari Malaysia merupakan salah seorang yang berada dalam pasukan tersebut.

Lim Boon Chuan ialah pelajar biasiswa Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA), pelajar jurusan biologi sintetik telah berjaya menemui teknologi baru untuk memberikan keputusan yang lebih cepat dan berpotensi digunakan oleh sesiapa sahaja yang berada di dalam rumah.

Kit ujian pantas ini hanya menggunakan suhu tunggal, 65 darjah Celsius selama setengah jam dan kemudian hasilnya boleh dilihat. Lim Boon Chuan juga telah memenangi beberapa anugerah antaranya tempat Ketiga Forum Big Data Antarabangsa 2018 dan Pertandingan Inovasi & Keusahawanan.

Teknologi yang menghasilkan kit ujian ini tidak memerlukan instrumen yang rumit. Ujian RNA yang sebelum ini pernah tular memerlukan sehingga dua jam untuk mendapatkan hasil. Walau bagaimanapun, teknologi yang baru ini membolehkan keputusan ujian dapat diketahui dalam hanya 30 minit iaitu tiga kali lebih cepat daripada kaedah semasa.

Advertisement
Lim Boon Chuan
Lim Boon Chuan

Pasukan saintis tersebut membangunkan kaedah ini untuk merekabentuk dan menghasilkan sesuatu yang mudah dan boleh dihantar kepada isi rumah. Oleh itu, semua orang dapat melakukan ujian di rumah dengan sendiri tanpa perlu pergi ke hospital atau pusat diagnotik.

Pada permulaan ujian, kit dihantar ke China untuk menguji kes-kes di sana untuk melihat sama ada kit tersebut boleh digunakan pada sampel klinikal sebenar atau tidak.

Lim yang berasal dari Kuala Lumpur itu terlibat dengan projek itu bermula bulan lalu, ketika virus Covid-19 sedang menular di China dengan kes yang sangat sedikit di Eropah dan United Kingdom. Peranannya di sana adalah untuk mereka bentuk dan menjalankan semua eksperimen sebelum kit tersebut dapat diedarkan.

Meskipun penyelidikan yang dilakukan oleh Lim tidak mempunyai kaitan dengan proses kerja PhD, penyelia beliau Prof Wei Huang adalah salah seorang saintis yang mengetuai pasukan ini.

Prof Zhanfeng Cui
Prof Zhanfeng Cui

Antara ahli sains terkemuka untuk pasukan itu ialah Prof Zhanfeng Cui, yang juga pengarah OSCAR. Pasukan yang terdiri daripada 13 orang itu telah berusaha untuk meningkatkan keupayaan ujian apabila virus itu tersebar di peringkat antarabangsa. Penghasilan teknologi ini dikatakan sangat sensitif untuk memastikan keputusan yang diberikan adalah tepat.

Pesakit di peringkat awal jangkitan mungkin boleh dikenal pasti dengan lebih awal. Sekali gus, berpotensi untuk membantu mengurangkan penyebaran coronavirus SARS-CoV-2 (Covid-19).

Penggunaan kit ujian ini sangat praktikal kerana hanya memerlukan penghadang hada yang sederhana dan boleh mengekalkan suhu untuk transkripsi RNA berbalik dan penguatan DNA. Hasil ujian juga dapat dibaca dengan mata kasar dan ini menjadikan kit ini berpotensi berguna di kawasan luar bandar atau pusat penjagaan kesihatan masyarakat.

Teknologi ini telah disahkan dengan sampel klinikal sebenar di Hospital Rakyat Shenzhen Luohou di China. Hospital menggunakan kit pengesanan cepat pada 16 sampel klinik, termasuk lapan positif dan lapan negatif, yang telah disahkan oleh kaedah RT-PCR konvensional dan bukti klinikal lain. Hasil ujian menggunakan kit pengesanan pesat semuanya berjaya.

Para saintis Oxford kini berusaha untuk membangunkan peranti bersepadu supaya ujian itu dapat digunakan di klinik, lapangan terbang atau di rumah. Mereka merancang untuk menjalankan pengesahan klinikal di UK dan menerokai pilihan untuk pengeluaran kit ujian.

Sumber 

Comments

comments