Pelajar Malaysia Dihalau Keluar Dari Rumah Sewa Di Australia Kerana Bimbang Dijangkiti Coronavirus Selepas Pulang Dari Malaysia

1451
perth australia

Nasib malang menimpa pelajar Malaysia selepas pulang menyambut perayaan Tahun Baru Cina di tanah air baru-baru ini. Pelajar tersebut pulang ke Malaysia pada 24 Januari lalu untuk perayaan itu dan pulang semula ke Perth, Australia pada 4 Februari dan mendapati kunci rumah sewanya telah ditukar.

Pada bahagian pintu rumahnya itu tertampal notis daripada tuan rumah yang menghalaunya keluar daripada rumah itu dan tidak membenarkannya memasuki kediaman itu. Semuanya gara-gara tuan rumah bimbang dijangkiti coronavirus selepas pelajar itu pulang ke Malaysia.

Notis tertulis:

AMARAN – DILARANG MENCEROBOH, Rumah dikunci berikutan koronavirus. Disebabkan kegagalan anda untuk dihubungi bersama Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) KECEMASAN GLOBAL berhubung koronavirus, anda tidak lagi dialu-alukan di rumah ini. Anda telah buat keputusan untuk pulang ke tanah air untuk menyambut Tahun Baru Cina ketika terdapat wabak koronavirus di sana.

Tuan rumah turut memberitahu Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) telah mengisytiharkan ia sebagai kecemasan global dan dia telah membuat keputusan untuk menukar semua kunci di rumah itu. Dia juga telah meletakkan barang-barang kepunyaan pelajar itu di luar rumah.

Pelajar yang tidak mendedahkan identitinya memaklumkan perkara itu kepada pihak polis tetapi tiada tindakan boleh diambil memandangkan dia tidak mempunyai kontrak perjanjian sewa rumah secara rasmi. Namun, dia berasa sedih dan terkilan kerana dia langsung tidak melawat kawasan berhampiran China di mana virus itu mula dikesan.

Sumber

Comments

comments