Pelajar Malu Dan Geram Pada Ibu Bapa Kerana Tidak Mampu Menghantarnya Ke Kolej Swasta

Seorang pelajar yang meluahkan rasa kecewanya kerana tidak dapat menyambung pengajian ke sebuah kolej swasta telah mengundang kecaman daripada netizen.

Dia yang memebritahu tidak menerima sebarang tawaran daripada universiti awam turut enggan menyambung pengajian ke tingkatan enam.
Menurutnya, apa yang menjadi masalah adalah ibu bapanya tidak mampu untuk menyediakan wang bagi menampung kos perbelanjaan di kolej swasta itu.

No class la masuk school balik.”
Walaupun mengakui dia bukanlah datang dari keluarga yang berkemampuan, namun bagi pelajar tersebut ianya merupakan tugas ibu bapanya untuk mendapatkan wang bagi memenuhi impian hidupnya.
“Memanglah mahal tapi bukan ke itu tanggungjawab mereka? Saya tak nak buat pinjaman pendidikan. Nanti bagaimana nak beli kereta impian saya dan segalanya? Saya geram dengan mak ayah saya.” 
Gambar hiasan

Seorang guru berkongsikan kisah pelajar ini di Twitter yang menurutnya merupakan permintaan oleh pelajar itu sendiri untuk mendapatkan pandangan orang ramai.

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook & Twitter Amazingnara untuk mendapatkan berita sensasi dan terkini di seluruh dunia.

Comments

comments

Advertisement