Pelajar Tingkatan Satu Mulakan ‘Petition’ Untuk Membenarkan Pelajar Lelaki Berambut Panjang Di Sekolah

3956

Seperti yang kita semua tahu, pelajar lelaki di Malaysia tidak dibenarkan untuk berambut panjang di sekolah. Itu adalah satu peraturan yang sudah lama ditetapkan. Jika ada yang ingkar, kebiasaannya tindakan displin akan dikenakan oleh pihak sekolah.

Baru-baru ini seorang pelajar lelaki tingkatan satu nekad mengadakan satu ‘petition’ untuk membenarkan pelajar lelaki membela rambut panjang. Darrell James yang memulakan ‘petition’ itu kira-kira dua bulan lalu dengan niat membuang sebarang diskriminasi jantina di sekolah.

petition membenarkan pelajar sekolah berambut panjang
Melalui ‘petition’ itu, beliau berharap peraturan ini dapat dipertimbangkan semula oleh Perdana Menteri Malaysia, Tun Dr Mahathir Muhammad. Antara peraturan di sekolah dimana rambut pelajar lelaki tidak dibenarkan menutup telinga, panjang rambut hadapan tidak boleh melebihi kening, dan rambut bahagian belakang tidak boleh melepasi paras kolar baju.

kartun rambut pelajar lelaki

“Fakta di mana pelajar lelaki tidak dibenarkan untuk membela rambut dianggap sebagai satu diskriminasi jantina kerana perempuan dibenarkan.”

Menurutnya lagi, peraturan ini juga dilihat tidak relevan pada abad 21 ini kerana masalah kebersihan rambut seperti kutu dapat diatasi dengan penggunaan shampoo dan produk lain.

Larangan penggunaan gel rambut di sesetengah sekolah juga menjadi satu kerisauan. Pelajar yang dihukum hanya kerana gaya rambut mereka dilihat sebagai satu pelanggaran hak asasi manusia.

Setakat ini sudah seramai 554 individu sudah mendaftar untuk ‘petition’ tersebut. Melalui ‘petition’ ini, beliau berharap suara dari pelajar sekolah sepertinya dapat diambil kira untuk kebaikan pada masa hadapan.

Sekiranya anda bersetuju dengan Darrell James, anda boleh menyertai ‘petition’ tersebut di sini.

Sumber: SAYS

Comments

comments