Pelancong Belum Kahwin Bersekedudukan Semasa Melancong Di Bali Akan Dipenjarakan

Bali adalah sebuah lokasi percutian yang terkenal di seluruh dunia sebagai tempat untuk berbulan madu untuk pasangan yang baru berkahwin.

Terbaharu, Indonesia bakal memperkenalkan undang-undang baharu dengan mengkelaskan hubungan seks luar nikah sebagai satu jenayah, menurut Awani.

hukuman penjara kepada pelancong yang melakukan hubungan seks

Di bawah undang-undang itu, pasangan belum berkahwin yang tinggal bersama boleh dipenjara enam bulan atau didenda maksimum 10 juta rupiah (kira-kira RM3,000) yang merupakan gaji tiga bulan bagi kebanyakan rakyat Indonesia.

Advertisement

Bukan itu sahaja, hukuman penjara maksimum selama setahun juga boleh dikenakan ke atas sesiapa yang melakukan hubungan seks dengan seseorang yang bukan pasangannya apabila ada anggota keluarga terdekat membuat aduan.

Jika diluluskan, undang-undang ini akan dilaksanakan akhir bulan ini.

Parlimen Indonesia dilapor turut mempertimbang mengenakan hukuman penjara kepada mana-mana pelancong yang melakukan hubungan seks luar nikah semasa berkunjung ke destinasi percutian popular di Bali.

Ekoran dari itu, kedutaan luar di Jakarta dilapor akan mengeluarkan amaran perjalanan kepada warga negara mereka yang bercadang mengunjungi Indonesia.

Wah, agak-agaknya undang-undang baru ini boleh dilaksanakan di Bali? dengar kata undang-undang telah mendapat perhatian ramai pihak.

 

Sumber: Awani

 

Comments

comments