Pelancong Yang Sudah Divaksin Boleh Datang Ke Phuket Mulai Julai

Pasti ramai yang sudah mula rindu untuk melancong ke luar negara. Namun, disebabkan pandemik Covid-19 yang belum berkahir, aktiviti pelancongan perlu ditangguhkan terlebih dahulu demi memastikan wabak Covid-19 ini tidak merebak.

Walau bagaimanapun, negara Thailand dalam usaha untuk meningkatkan sektor pelancongan di negara itu dan bercadang untuk mengecualikan kuarantin wajib kepada pelancong asing yang sudah divaksin ketika tiba di tempat peranginan Phuket bermula 1 Julai ini.

Lembaga Pelancongan Thailand (TAT) telah mencadangkan Inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ yang akan menjadi pembukaan semula pertama untuk pelancong yang sudah mendapat vaksin sebelum diperluas ke Koh Samui, Pattay, Chiang Mai dan Krabi sebagai destinasi pelancongan lain.

Menurut Perdana Menteri Prayuth Chan-o-cha, beliau telah meluluskan inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’. Tambahnya, pelancong boleh mengunjungi Phuket tanpa perlu menjalani kuarantin wajib dengan syarat sudah divaksin dan negatif Covid-19.

Advertisement

Kini, Inisiatif ‘Phuket Tourism Sandbox’ sedang menunggu persetujuan daripada Kabinet.

Jika sudah diluluskan, pulau peranginan itu akan dibuka tiga bulan awal berbanding di wilayah lain. Pada Oktober nanti, Thailand juga akan merancang untuk membuka semula sektor pelancongan kepada pelancong asing yang sudah divaksin tanpa perlu menjalani kuarantin wajib.

Sumber 

Comments

comments